Friday, February 27, 2009

Jangan katakan Selamat Tinggal! Tapi katakan Semoga Bertemu Kembali

Hari ini merupakan hari terakhir Ummu Nu'man bertugas di sekolahnya. Beliau akan berpindah dan bertugas di tempat lain bermula pada 2 Mac ini di tempat yang pastinya begitu asing baginya. Setelah 8 tahun bermukim di SMKA.... , beliau akan berpindah ke sekolah menengah  harian biasa yang tentunya berbeza sama sekali dari pelbagai sudut. Perpindahan ini sebenarnya bukan dipinta, tetapi atas alasan keperluan perkhidmatan, beliau akan mencurahkan baktinya sebagai pendidik di tempat baru tersebut.

Suasana hening pagi tersebut, begitu suram. Kebetulan kabus yang menebal menambah kesuraman dan keheningan pagi. Satu majlis perpisahan diadakan bagi meraikan pemergian Ustazah yang mengajar Bahasa Arab ini. Di hadapan tapak perhimpunan semua pelajar dan guru berkumpul bagi meraikan majlis perpisahan tersebut yang ala-ala "grand gitu". (Bersambung)...

No comments:

Post a Comment